Kehidupan peribadi Dinie Rashid

Dinie Rashid dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau mengalami masalah penglihatan pada usia 9 tahun mengakibatkan penghilatannya kabur sebanyak 20%. Selain itu, beliau juga ialah ahli aktif Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).[petikan diperlukan]

Dinie ialah pelajar cemerlang yang memilih jurusan undang-undang Syariah sewaktu Tingkatan 6, namun beliau gagal mencapai cita-citanya kerana menghidap penyakit distrofi molekul yang turut mengakibatkan saraf di bahagian matanya rosak.[petikan diperlukan]